Powered by Blogger.

Gempar!! Tidak Sepatutnya Berlaku Di Malaysia


PENGUNJUNG Islam tanpa segan silu membelai anjing di Central Park, One Utama, semalam. 


Kuala Lumpur: Penganjuran 'I want to touch a dog' (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor pagi semalam, tidak wajar dilakukan kerana boleh mengeliru dan mendatangkan fitnah kepada umat Islam.
Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, tindakan penganjur itu boleh mengganggu gugat sensitiviti orang Islam dan memesongkan akidah.


Perbuatan segelintir pihak menganjurkan program “I want to touch a dog” di Selangor semalam sebenarnya boleh diambil tindakan dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesalahan menghina agama.

Pendakwah, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar pihak berkuasa agama mesti bertindak tegas untuk menghalang program sedemikian rupa demi menjaga kesucian umat Islam.

“Selain ia melanggar tatasusila masyarakat Melayu, ia sekaligus memberi gambaran bahawa pihak berkuasa khususnya yang memegang amanah agama begitu longgar dalam menjulang kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi oleh Mynewshub.cc hari ini.

Ustaz Tuan Asmawi berkata tindakan penganjur menggunakan pendekatan sebenarnya tidak berdosa untuk seorang Muslim menyentuh anjing adalah salah kerana bukan peranan mereka menentukan dosa atau pahala.

“Kita kena ingat bahawa yang meletakkan dosa dan pahala, haram atau halal itu bukannya manusia, tetapi ianya adalah tetapan hukum Feqah,” kata beliau.

Sementara itu, Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut menyifatkan program “I want to touch a dog” yang diadakan di Selangor dan dianjurkan oleh umat Islam semalam adalah percubaan untuk menghina para ulama dan pihak berkuasa agama di negara ini.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor itu berkata ia adalah haram untuk seorang Muslim sengaja menyentuh anjing tanpa sebab kerana haiwan itu dikategorikan dalam najis berat menurut ajaran mazhab Imam Shafie dan Hanbali.

“Jangan cuba memulakan budaya yang bertentangan dengan Islam dan mazhab Imam Shafie, khususnya apabila ia mempunyai elemen menghina ulama di negara ini,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian.

Menurut Nooh, perbuatan itu diharamkan kerana tiga sebab iaitu agama, kesihatan dan budaya yang yang bertentangan dengan Islam.

“Perlu diingat, rakyat Malaysia merupakan umat Muslim yang mengikut mazhab Imam Shafie,” katanya.

Menurut laporan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mewartakan pada Oktober tahun lepas bahawa haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.

Semalam, program berkenaan dikatakan mendapat sambutan hangat dalam kalangan umat Islam yang hadir kerana ingin menyentuh anjing.



Pelbagai jenis anjing disediakan untuk disentuh antaranya husky, German Sheperd, Doberman, Golden Retriever dan Poodle.

Dikatakan dalam program berkenaan, seorang ustaz iaitu Ustaz Mohd Iqbal Parjin yang memberikan ceramah mengenai menyentuh anjing dalam Islam.

“Anjing juga makhluk tuhan, kita perlu mengatasi mentaliti melihat haiwan sebagai makhluk yang menyakitkan hati, mengajar anak muda untuk mencintai orang lain tetapi pada masa yang sama, tahu batasan untuk menyentuhnya,” kata ustaz itu. 

"Tindakan ini mendatangkan fitnah sedangkan masyarakat kita berpegang teguh dengan amalan mengikut Mazhab Syafie sejak zaman berzaman. Sudah jelas larangan dan hadis Rasullullah SAW supaya jauhkan anjing daripada rumah kerana najis air liurnya selain menghalang Malaikat Rahmat dan Jibril masuk rumah.
"Pandangan saya, apa yang mereka buat itu ke arah menggalakkan lagi orang Melayu yang beragama Islam seolah-olah menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan sedangkan ia tidak boleh setaraf dengan kucing kerana air liurnya najis mughallazah (berat) dan perlu disamak dengan air tanah sebanyak tujuh kali," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas penganjuran acara 'I want to touch a dog' yang bertujuan membuang stigma orang ramai daripada perasaan takut dengan anjing.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment