Powered by Blogger.

Gempar!! Lagi Fenomena Melanda Malaysia

Kali ini di mana fenomena ini berlaku??..ini lah antara tanda-tanda dunia semakin menghampiri akhirat..

Fenomena Belalai Air
Fenomena Belalai Air

Fenomena Belalai Air


Fenomena 'belalai air' yang berlaku dibeberapa tempat di Malaysia minggu ni agak meresahkan penduduk. Antara yang menggemparkan adalah yang berlaku di persisir pantai Serawak dan juga Sungai Petani Kedah. Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku di Pantai Teluk Cempedak di kuantan, Johor dan juga Port Dickson.
Pada yang kurang pasti apa itu belalai air, ia adalah merujuk kepada fenomena pusaran angin yang berlaku di permukaan air. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysiabelalai air selalunya tidak bahaya kerana ia berlaku disebabkan oleh kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah. 
Fenomena ini juga bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja. Fenomena ini biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat. Belalai air pada kebiasaannya tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut. 
Antara fenomena belalai air yang sempat dirakamkan oleh beberapa penduduk adalah seperti berikut:

Fenomena Belalai Air di kedah
Fenomena Belalai Air Di Kedah
Fenomena Belalai Air di pantai serawak
Fenomena Belalai Air Di Pantai Sarawak
Fenomena Belalai Air di teluk cempedak
Fenomena Belalai Air Di Teluk Cempedak
Fenomena Belalai Air di johor
Fenomena Belalai Air Di Johor
Biarpun fenomena belalai air ni dikatakan tak bahaya, tapi kita semua harus hati-hati kerana malang tak berbau. Tambahan pula cuaca yang melanda Malaysia sekarang tak menentu. Hujan lebat, petir serta angin kencang berlaku dimana-mana. Banyakkan berdoa semoga kita semua terlindung dari malapetaka. 

kembali lah ke pangkal jalan bagi mereka yang masih lagi bergelut dalam dosa..Fikir-fikirkanlah!!! 

0 comments:

Post a Comment