Murid Tahun 2 SK Kitobu, Inanam Luka Di Kepala Kerana Geram Seorang Cikgu[Gambar]
Terbaca di Facebook rakan awal pagi tadi tentang kisah seorang murid Tahun 2 Bernama Vincent yang belajar di SK Kitobu, Inanam yang ditarik telinga, di tampar dan kepalanya dihantukkan ke meja sehingga berdarah. Ianya di lakukan oleh seorang guru yang bernama Silawati. Menurut sumber dari FB ianya berlaku kerana murid tersebut gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Dikatakan murid tersebut telah dihantar ke Klinik Kesihatan berdekatan dan kepalanya mendapat 3 jahitan. Keluarganya telah membuat laporan polis.
Belum diketahui kisah sebenarnya. Kami akan membawakan kisah ini selepas mendapat penjelasan.
Ini penjelasan dari whatsapp sekolah
Guru memegang dua cuping telinga murid yang bernama Vincent Alfonskia murid tahun dua kerana tidak membuat kerja rumah yang diarah oleh guru.
Oleh kerana murid ini cuba mengelak telinganya dipegang oleh guru,
Murid berpusing ke arah kanan dengan keadaan membelakangkan guru, kedua kakinya bersilang dan mengakibatkan hilang kesimbangan badan dan kepalanya terhantuk di tepi meja guru.
Pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah berjumpa dan berbincang dengan ibubapa murid berkenaan untuk menjelaskan keadaan apa yang sebrnarnya telah berlaku.
Setelah penjelasan diberi kepada ibubapa mereka berpuashati.
Adalah dinafikan tuduhan guru menghentak kepala murid ke meja adalah tidak benar.
JPN Sabah menganggap kes ini telah selesai.
0 comments:
Post a Comment