Powered by Blogger.

Mesti Baca!! Tanah Dirampas!! Ini Tidak Mendapat Liputan Berita??

Penduduk asal di Kg. Molinsou, Kg. Wayan dan Kg. Sinurai dalam Daerah Ranau mulai kehilangan hak di bumi sendiri. Apa yg ditakuti, sudah mulai dirasakan. Apa yg ditanam sudah mulai berbuah.

Suasana di Kg. Malinsau. Penduduk kampung membuat demonstrasi aman dengan duduk di atas jalan raya. Sebarkan & share banyak2. Biar terbuka mata semua!




RANAU:- Di Sabah sejak dari dulu lagi kes tanah adah (NCR) yang membabitkan kawasan luar bandar (pedalaman) tiada kesudahannya pencabulan demi pencabulan hak asasi manusia sudah tiada ada komprominya atau bertimbang rasa semakin menjadi-jadi.

Tanah adat sejak di zaman British lagi boleh dikatakan sejak 4 generasi keturunan daripada hutan rimba belukar sehingga jadi perkebunan getah, kebun buah-buah hingga penaman kelapa sawit tidak dikeluarkan geran yang berstatus NT.

"Perkmpungan ulu sugut kini berada dalam krisis rampasan tanah oleh sebuah syarikat dari Malaya. kompeni sudah sampai di kg dan sedang mula membersihkan kawasan getah dan tanah orang kg.  Memang mereka cukup bersedia kerana siap dengan dua bas penuh dengan pengawal, 6 buah kereta, 2 lori dan satu jentera hitacy. Kami buntu kerana apabila kami hubungi wakil rakyt tiada sesiapa yang respon. Mungkin pagi esok beberapa ekar getah akan siap di radu.

Wakil penduduk Ulu Sugut terbabit telah ke balai polis Ranau, untuk membuat laporan polis. 

Dianggarkan dalam 100 orang yang disyaki warga asing berada d kg Sinurai, Ulu Sugut. Kg Sinurai, Wayan dan Molinsou dirampas tanah oleh sykt sawit Malaya. Sykt ini sudah memulakan kerja penebangan getah org2 kg yang bermula kelmarin." kata seorang penduduk kampung yang terlibat.

Adakah ini perkara main-main? Mengapa 3 YB di Ranau masih berdiam? Adakah 3 orang YB ini  tidak sedar apa yang sedang berlaku???
Dimanakah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan..
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"??


Inilah Luahan Hati Para Penduduk kampung yang terlibat




































0 comments:

Post a Comment