Powered by Blogger.

Mesti Baca!! Tanah Dirampas!! Ini Tidak Mendapat Liputan Berita??

Penduduk asal di Kg. Molinsou, Kg. Wayan dan Kg. Sinurai dalam Daerah Ranau mulai kehilangan hak di bumi sendiri. Apa yg ditakuti, sudah mulai dirasakan. Apa yg ditanam sudah mulai berbuah.

Suasana di Kg. Malinsau. Penduduk kampung membuat demonstrasi aman dengan duduk di atas jalan raya. Sebarkan & share banyak2. Biar terbuka mata semua!




RANAU:- Di Sabah sejak dari dulu lagi kes tanah adah (NCR) yang membabitkan kawasan luar bandar (pedalaman) tiada kesudahannya pencabulan demi pencabulan hak asasi manusia sudah tiada ada komprominya atau bertimbang rasa semakin menjadi-jadi.

Tanah adat sejak di zaman British lagi boleh dikatakan sejak 4 generasi keturunan daripada hutan rimba belukar sehingga jadi perkebunan getah, kebun buah-buah hingga penaman kelapa sawit tidak dikeluarkan geran yang berstatus NT.

"Perkmpungan ulu sugut kini berada dalam krisis rampasan tanah oleh sebuah syarikat dari Malaya. kompeni sudah sampai di kg dan sedang mula membersihkan kawasan getah dan tanah orang kg.  Memang mereka cukup bersedia kerana siap dengan dua bas penuh dengan pengawal, 6 buah kereta, 2 lori dan satu jentera hitacy. Kami buntu kerana apabila kami hubungi wakil rakyt tiada sesiapa yang respon. Mungkin pagi esok beberapa ekar getah akan siap di radu.

Wakil penduduk Ulu Sugut terbabit telah ke balai polis Ranau, untuk membuat laporan polis. 

Dianggarkan dalam 100 orang yang disyaki warga asing berada d kg Sinurai, Ulu Sugut. Kg Sinurai, Wayan dan Molinsou dirampas tanah oleh sykt sawit Malaya. Sykt ini sudah memulakan kerja penebangan getah org2 kg yang bermula kelmarin." kata seorang penduduk kampung yang terlibat.

Adakah ini perkara main-main? Mengapa 3 YB di Ranau masih berdiam? Adakah 3 orang YB ini  tidak sedar apa yang sedang berlaku???
Dimanakah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan..
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"??


Inilah Luahan Hati Para Penduduk kampung yang terlibat




































Murid Tahun 2 SK Kitobu, Inanam Luka Di Kepala Kerana Geram Seorang Cikgu[Gambar]

skk

Terbaca di Facebook rakan awal pagi tadi tentang kisah seorang murid Tahun 2 Bernama Vincent yang belajar  di SK Kitobu, Inanam yang ditarik telinga, di tampar dan kepalanya dihantukkan ke meja sehingga berdarah.  Ianya di lakukan oleh seorang guru yang bernama Silawati. Menurut sumber dari FB ianya berlaku kerana murid tersebut gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Dikatakan murid tersebut telah dihantar ke Klinik Kesihatan berdekatan dan kepalanya mendapat 3 jahitan. Keluarganya telah membuat laporan polis.
Belum diketahui kisah sebenarnya. Kami akan membawakan kisah ini selepas mendapat penjelasan.
report
Ini penjelasan dari whatsapp sekolah
Guru memegang dua cuping telinga murid yang bernama Vincent Alfonskia murid tahun dua kerana tidak membuat kerja rumah yang diarah oleh guru.
Oleh kerana murid ini cuba mengelak telinganya dipegang oleh guru, 
Murid berpusing ke arah kanan dengan keadaan membelakangkan guru, kedua kakinya bersilang dan mengakibatkan hilang kesimbangan badan dan kepalanya terhantuk di tepi meja guru.

Pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah berjumpa dan berbincang dengan ibubapa murid berkenaan untuk menjelaskan keadaan apa yang sebrnarnya telah berlaku.
Setelah penjelasan diberi kepada ibubapa mereka berpuashati.
Adalah dinafikan tuduhan guru menghentak kepala murid ke meja adalah tidak benar.
JPN Sabah menganggap kes ini telah selesai.

Kisah Peninju Wanita Cantik Dari Jepun Memeluk Islam


Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh ChikaNakamura, seorang peninju wanita asal negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun,dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang dengan sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan rakan-rakan; bermain bola dan plastisin (playdough) setiap hujung minggu. 


Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilangsaat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telahmelewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitupassion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya. 


Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari,mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris.Perasaannya begitu dicabar. Semuanya baru; orang baru, persekitaran baru, bahasa baru. Ia merasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlalu berat dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian." 


Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangat kebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini. Kerana merasa tidak sesuai tinggal dipinggir bandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah bandar besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang rakan wanita yang mengajarnya memandu motor. Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas. 


Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju. Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadi peninju. Pada masa itu tahun 1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang peninju profesional.



Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita peninju asal Jepun yang memenangipelbagai kejohanan tinju peringkat dunia. Malangnyaternyata Chika tetap mengeluh"Saya telahberkorban banyakmeninggalkan orang tuakeluargakampung halaman, temandan banyak lagi.Sementarahidup di Amerika juga berat kerana saya serba kekuranganSaya merasakanpenderitaan fizikal dan mental"Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita cedera

Menurut doktoritu adalah kecederaan yang seriusKatanya ia perlu beralih profesiSebagai atlit,kecederaan adalah perkara yang menakutkanIa terancam kehilangan impiannya sebagai peninjuwanita profesionalChika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek.Tapi ia berkeras harus bertahan dan harus kembaliMaka ia ikuti proses pemulihan dan kembali keringSecara emosional Chika merasa gelisah"Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup iniSaatitu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak 

Saya tidak boleh berlaritidak boleh berjalantidak punya keluargadan tak punya tujuan hidup."Dia mempersoalkan kembali apa yang telah dialami.  Mengapa harus meninggalkan Jepun?Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesionalChika bangkit kembali dan mengaku dibisikihawa nafsu bahawa"Inilah tujuan hidupkuPassion-ku adalah tinjuSegalanya telah kukorbankan demi bertinjuAku boleh bertahan demi kerjaya sebagai wanita peninjuAku bolehmembantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesionsebagai peninju

"Seolah benarChika mencari sebuah pola hidup manusiabahawa hidup ini pasti mendapatimasalahlalu berjaya melaluinyalalu timbul lagi masalahdan kita lewati lagidemikianseterusnya . Maka ia pikir pasti boleh selamat melaluinyaIa pun tak menuruti nasihat doktor.Mulanya Chika mendapatkan "keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah keKalifornia untuk berlatih demi kejohananDi sana ia mendapatkan jurulatih yang hebatSaat itu iamerasa begitu kuatsihat dan dimudahkan.  

Malangnyalagi-lagi ia masih belum mendapat jawaban atas kekosongan jiwa itu"Ini pasti bukanjalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidangekonomipolitikperniagaan dan agamaIa tetap tidakmendapat jawabanSampai suatu ketikaChika berjumpa dengan seorang bekas peninju kelasduniaIa seorang muslimIa berbincang dengannyaIa sangat mudahrendah hatiramahdanbaik sekaliInilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun."Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperolehketenanganSaya juga boleh mendapatkannya sambil fokus pada tinju"Fikirnya. Lantastiba-tibatakdirnya berubah 

Kerjayanya terhenti tanpa sponsorselepas cuba peruntungan di New York selama 4 bulan.Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagiIa putus asa dan menghentikan semuanya.QodarullahAllah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asal Perancisdia seorangKristianDia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinyaItulah sang pencipta.Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta,"jawabnyaMaka Chika ikuti cadangan rakannya untuk mempelajari agama-agama. Beliau pergitempat ibadah hindu, gerejabudhadan masjid 

Di masjidChika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujudmenangisHatidan jiwa ini berbisikbutuh banyak masa untuk saya menempuh perjalan hidayah iniSaya kembalikepada AllahSegera saya ingin menjadi muslimPada hari Jumaatbeberapa tahun yang lalu,saya tinggalkan tinjucinta dan rancangan ingin berkahwin cepatSaya mengucap syahadah""Tentu saya sedihMemang sukar meninggalkan passion-mu. 

Tetapikini saya mempunyai misi baruyakni membela Islamberdakwah di negara saya dan dunia.Inilah jalan yang benar"pengakuan ChikaAlhamdulillahkini Chika merasakan kedamaian jiwaselepas berislam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimahIa menyedari bahawaakan ada cabaran lebih dalam berdakwahlebih letih daripada bertinjuNamun hal itu takmenyurutkan tekad Chika guna mendedikasikan seluruh hidupnya untuk IslamSaat ini ia serahkanseluruh potensinya untuk Islamdengan misi hidup yang baruyakni jihad fiisabilillah.




Warga Asing Update Status Kurang Ajar Kepada Polis Di Facebook !


Wow, semakin biadap warga asing kat negara ni. Seorang dari mereka, Aldo Zahra, dipercayai warga Indonesia, dengan sesuka hati saja memanggil polis Malaysia dengan sesuatu yang sangat biadap. Baca saja status di atas, siapa tak menyirap kan?

Dia memuat status berkenaan di laman Facebook Persatuan TKI Malaysia Anti Diskriminasi. Dia membuat kenyataan itu berdasarkan tindakan anggota polis yang memeriksa dokumen dan permit warga asing di dalam bas RapidKL.

Dia menyuruh semua 'sahabatnya' supaya berhati-hati ketika berada di negara ini. Korang dah datang duduk kat tempat orang, bahasa tu jaga la sikit. Tak perlu la nak guna kata-kata biadap kat orang sini.

Ini adalah contoh warga asing yang biasa membawa masalah kepada negara kerana mereka ini jenis yang tak reti-reti nak hormat orang tempatan.

Jika sebelum ini warga Malaysia yang menghina polis dikenakan tindakan undang-undang, kenapa tidak yang ini? 


- http://funstimes.blogspot.com/

5 Foto Terkini Emi, Isteri Keempat Saleh Yaakob Semakin Cun Melecun ?


Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali.



Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu?







Mesti Baca!!.Kejadian Sebenar!! Sebarkan!!

Hjh Roslinda Tajul Ariffin: Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati untuk tidak buat seperti apa yg disuruh..

Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group..

Hjh Roslinda Tajul Ariffin: Pengalaman sebenar teacher Olya pagi tadi..

Hjh Roslinda Tajul Ariffin: Ok..this is how it happened
9.30 - terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama 'Danny' bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.
     Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic.

  Kemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yg kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat ttg bil telah dihantar ke alamat berikut : No.20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd).

    Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan.Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri.
     Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan utk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yg aktif, asb, akaun anak2, company acct dan sebagainya).Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara.
  Atas sebab saya mahu kes ink diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya no.akaun dan no.pin. Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini. Setelah selesai, saya diberikan satu no. kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya -ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa2 data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan.
   Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri no.kes.Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dr bank negara bernama felix untuk siasat kes saya. No.tel 0321760366. Saya telah diminta untuk beri no.kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa2 transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa2 bayaran tambahan.Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa2 kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun2 saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya.Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain.Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank.
   Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak2 saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sgt urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pindahkan kesemuanya ke dalam satu akaun.
    Selepas dptkan buku2 akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil no.dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa no lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yg bertugas. Setelah isi borang, saya ambil no dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian.      

    Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 no di dpn saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa2 dan hanya cakap ianya kes kecemasan. Saya juga ada bertanya, boleh kah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut.Ada tinggal satu no saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara.
   Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang no.telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi.
Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali2 tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi no. telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi?bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan.
Oleh kerana saya tak beritau apa2 maklumat tentang no akaun dan tidak buat apa2 transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan.

JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA SAHAJA..Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya.Terima kasih.Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulilillah..

Mesti Baca!! Ngeri!! Proses Hukuman Gantung

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Share sbb ini penting untuk didik anak2..